



Alunan
MEMUKAU
Diinspirasikan daripada Betta Fish, setiap alunan lembut yang terlakar membawa seribu satu kisah dan inspirasi. Betta Fish, seekor ikan yang fizikalnya cantik, berkilau dan disenangi, namun usah tersalah erti kerana mereka bukan mudah untuk didekati.

Renangan
BETTA FISH
Alunan Betta Fish berenang di atas Premium Chiffon Crepe, fabric premium yang mudah urus sungguh mengasyikkan. Fabrik ringan, tidak mudah renyuk dan mudah gosok antara kelebihan yang berada di dalam sehelai hijab istimewa ini.

Bukan sahaja dengan fabrik yang tidak jarang, malah ukuran lebar dan labuh 2.0m x 0.7m (Long Shawl) dan 48” (Square Scarf) kami pastikan demi menjaga ketinggian darjatmu, bakal bidadari Syurga.
SAYAP
Anggun

Terpilih
KHAZANAH
Bukan semua. Hanya yang terpilih berhak memiliki, menyarung, menyentuh tangannya pada Thalia Curlicue. Dihasilkan dengan sangat terhad bagi menjaga nilai eksklusif Khazanah Seni ini.








